Hillary Clinton patah tangan ketika lawatan ke India 


Hillary Clinton sebelum ini pernah mengalami patah jari kaki ketika berada di London. – Gambar EPA, 16 Mac, 2018.

HILLARY Clinton mengalami patah tangan ketika mengadakan lawatan ke India, dilaporkan akibat tergelincir dalam tab mandi di bilik hotelnya. 

Doktor Hospital Goyal memberitahu AFP pada Jumaat Hillary menjalani pemeriksaan selepas mengalami kesakitan di bahagian tangan kanannya disebabkan kemalangan itu. 

Calon presiden berusia 70 tahun itu menginap di Umaig Bhawan, yang merupakan bekas istana keluarga diraja Jodhpur di barat Rajasthan, yang kini merupakan sebuah hotel mewah. 

“Kami menjalankan imbasan CT dan x-ray dan mendapati terdapat kesan patah tulang pada pergelangan tangan. Beliau dinasihatkan untuk berehat ebberapa hari dan menggunakan anduh untuk sokongan,” katanya yang enggan namanya disiarkan. 

Media tempatan dan antarabangsa memetik sumber yang enggan dinamakan berkata, kejadian Hillary tergelincir dalam tab mandi itu berlaku lima bulan selepas beliau mengalami patah jari kakinya di London. 

Beliau berada di India bagi mempromosikan bukunya, “What Happened”, yang mengisahkan bagaimana beliau tewas kepada Donald Trump pada pilihan raya presiden. – AFP, 16 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen