2 pekerja Palang Merah di Mali dibebaskan


Ribuan orang awam, polis dan tentera terbunuh di seluruh Mali, dengan lebih dua juta rakyatnya meninggalkan rumah, akibat konflik keganasan. – Gambar AFP, 20 Mac, 2023.

DUA kakitangan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) yang diculik pada awal Mac di utara Mali, dibebaskan petang semalam, kata pertubuhan itu di Twitter.

“Kami sahkan dua pekerja ICRC yang diculik pada 4 Mac di kawasan antara Gao dan Kidal di utara Mali, dibebaskan petang ini.

“Mangsa berada dalam keadaan baik dan dibebaskan tanpa dicederakan dan tanpa syarat. Kami ucapakan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam pembebasan mereka.”

Mali dicengkam krisis keselamatan dan politik sejak 2012 susulang kebangkitan pengganas dan pihak pemisah di utara negara itu.

Pengganas dikaitkan dengan Al-Qaeda dan kumpulan Islamic State menggiatkan operasi mereka hingga ke tengah Mali, dengan keadaan bergolak merebak hingga ke negara jiran iaitu Niger dan Burkina Faso.

Ribuan orang awam, polis dan tentera terbunuh di seluruh negara itu, dengan lebih dua juta rakyatnya meninggalkan rumah.

Dengan kawalan kerajaan lemah di beberapa bahagian di negara itu, penculikan sering berlaku. Motif penculikan adalah wang tebusan.

Seorang doktor dari Pertubuhan Kesihatan Dunia diculik di Mali pada hujung Januari dan dibebaskan pada Februari. – AFP, 20 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen