Wan Rosdy, Khaled, Johari naib presiden Umno baharu, umum Shahrir


Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail secara rasmi diumumkan sebagai naib presiden Umno yang baharu bagi penggal 2023/26. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Mac, 2023.

MENTERI Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Parlimen Titiwangsa Johari Abdul Ghani secara rasmi diumumkan sebagai naib presiden Umno yang baharu bagi penggal 2023/26.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Shahrir Abdul Samad membuat pengumuman itu di Menara Dato Onn hari ini.

Ketua Umno Pahang Wan Rosdy memperoleh undi daripada 124 bahagian setakat 2 petang hari ini.

Rakan sejawatnya dari Johor, Khaled mempertahankan jawatan naib presiden Umno dengan mendapat undi daripada 114 bahagian parti.

Dalam pada itu Johari yang merupakan Ketua Umno Wilayah Persekutuan memperoleh slot ketiga dengan memenangi undi daripada 107 bahagian.

“Masih terdapat empat bahagian yang belum menyerahkan keputusan pilihan raya mereka.

“Jawatankuasa itu bagaimanapun percaya keputusan pengundian di empat bahagian ini tidak akan mengubah kedudukan semasa,” tambahnya.

Penyandang Mahdzir Khalid gagal mengekalkan jawatannya dengan seorang lagi penyandangnya Ismail Sabri Yaakob tidak bertanding. – 19 Mac 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen