RIBUAN orang berarak di ibu negara Portugal, Lisbon pada Sabtu, menggesa gaji lebih tinggi dan langkah lain untuk membantu menangani peningkatan kos sara hidup.
Perarakan itu, yang dikenali sebagai CGTP, konfederasi kesatuan sekerja utama negara, diadakan sehari selepas mogok nasional oleh penjawat awam bagi menyokong gaji yang ebih tinggi.
Tindakan itu menjejaskan pengutipan sampah, sekolah dan hospital.
CGTP mahu kerajaan melaksanakan pakej langkah membanteras kemiskinan termasuk kawalan harga terhadap komoditi penting dan tindakan mengehadkan sewa yang melonjak serta kos pinjaman hartanah.
Sepanjang 2022, inflasi mencapai 7.4%, paras tertinggi dalam tempoh 30 tahun.
Setiausaha Agung CGTP Isabel Camarinha memberitahu orang ramai yang mereka mahukan kenaikan gaji sekurang-kurangnya 10%, melebihi kadar inflasi, dan tidak kurang daripada kenaikan 100 euro (AS$108) bagi semua pekerja. – AFP, 19 Mac, 2023.
Komen