Bekas PM Pakistan Imran Khan bimbang ditahan


Imran digulingkan pada April tahun lepas dalam undi tidak percaya di Dewan Negara. – Gambar EPA, 18 Mac, 2023.

BEKAS perdana menteri Pakistan Imran Khan yang dijadual hadir di mahkamah Islamabad pada Sabtu mendakwa kerajaan cuba menahannya bagi menghalang beliau mengambil bahagian dalam pilihan raya.

“Saya dalam perjalanan ke mahkamah Islamabad. Malangnya ada kemalangan dan saya lambat. Saya ingin memberitahu anda mereka membuat rancangan untuk menangkap saya,” kata Imran.

Imran digulingkan pada April tahun lepas dalam undi tidak percaya di Dewan Negara.

Penyokongnya berkumpul di pelbagai lokasi dan terdapat laporan mengenai kehadiran polis kebanyakan tempat di ibu negara dan bandar Lahore.

Konvoi kenderaan bekas perdana menteri itu dilaporkan terkandas di plaza tol lebuh raya menghala ke Islamabad, lapor saluran televisyen Pakistan.

Kompleks kehakiman Islamabad turut dikelilingi pasukan keselamatan.

Lebih 90 kes membabitkan keganasan dan kenyataan palsu serta penjualan hadiah milik negara difailkan terhadap Imran. – Bernama, 18 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen