3 tahun penjara jika tidak hormat lagu kebangsaan China


Peminat bola sepak Hong Kong mengebu lagu kebangsaan itu ketika ia berkemundang sebelum permainan bermula sejak beberapa tahun lepas ekoran berang dengan ancaman China terhadap kebebasan Hong Kong. – Gambar AFP, 16 Mac, 2018.

HONG Kong bercadang pada Jumaat untuk bertindak terhadap sesiapa yang didapati tidak menghormati lagu kebangsaan China dengan mengenakan hukuman tiga tahun penjara.

Hong Kong bersedia untuk melaksanakan undang-undang kontroversi itu sejak China melakukan sedikit perubahan terhadap undang-undangnya tahun lepas berhubung cara dan tempat yang sesuai untuk menyanyikan lagu kebangsaan itu. 

China pada November lepas meningkatkan hukuman bagi sesiapa yang tidak menghormati lagu kebangsaan tersebut daripada 15 hari penjara kepada tiga tahun penjara jika kes itu didapati serius. 

Peminat bola sepak Hong Kong mengebu lagu kebangsaan itu ketika ia berkemundang sebelum permainan bermula sejak beberapa tahun lepas ekoran berang dengan ancaman China terhadap kebebasan Hong Kong.

Pengkritik mengangap cadangan itu sebagai bukti sekatan terhadap kebebasan bersuara penduduk di bandar itu, selepas penangkapan beberapa aktivis demokrasi. 

Ahli Parlimen pro-demokrasi Claudia Mo mengambarkan tindakan itu sebagai “senjata psikologi mencabar (orang ramai) untuk mengebu lagu kebangsaan” dan membuatkan jati diri mereka “merasa lebih China daripada Hong Kong”. – AFP, 16 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen