Pusingan kedua Formula 1 di Arab Saudi hujung minggu ini


Grand Prix Arab Saudi sepanjang 50 pusingan di Litar Corniche Jeddah iaitu sejauh 6.1 kilometer (3.79 batu) akan bermula pada jam 5 petang. – Gambar AFP, 18 Mac, 2023.

PUSINGAN kedua Formula 1 musim 2023 akan diadakan di Arab Saudi esok.

Grand Prix Arab Saudi sepanjang 50 pusingan di Litar Corniche Jeddah iaitu sejauh 6.1 kilometer (3.79 batu) akan bermula pada jam 5 petang, lapor Agensi Anadolu.

Pemandu Red Bull Max Verstappen selaku juara berturut-turut memenangi Grand Prix Bahrain pada 5 Mac dan dijadual tiba di Jeddah pada Jumaat.

Sebelum perlumbaan Ahad ini, latihan dan sesi kelayakan akan diadakan di Litar Corniche. – Bernama, 18 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen