China dakwa Washington tiada bukti TikTok ancam keselamatan negara


China menuduh Washington menyebar maklumat salah dan menyekat TikTok. – Gambar EPA, 17 Mac, 2023.

CHINA pada Khamis mendakwa Washington tidak memberikan sebarang bukti yang aplikasi perkongsian video Tik Tok merupakan ancaman pada keselamatan negara Amerika Syarikat (AS).

“AS masih belum membuktikan TikTok mengancam keselamatan negaranya,” lapor Anadolu Agency memetik kenyataan jurucakap kementerian luar China Wang Wenbin pada sidang akhbar di Beijing.

Wang menuduh Washington menyebar maklumat salah dan menyekat TikTok.

“AS wajar berhenti menyebarkan maklumat salah tentang keselamatan datanya, berhenti daripada menindas syarikat yang berkaitan dan menyediakan persekitaran yang terbuka, adil dan tidak mendiskriminasi peniagaan asing untuk melabur dan beropersi di AS,” katanya.

Kebimbangan Beijing terhadap kemungkinan tindakan oleh Washington terhadap aplikasi perkongsian video itu muncul selepas pemilik TikTok China berkata pentadbiran Biden telah meminta mereka menjual saham syarikat itu atau berhadapan risiko diharamkan di AS.

“China percaya keselamatan data tidak boleh digunakan sebagai alat untuk menyalahgunakan konsep keselamatan negara dan kuasa negara untuk menindas syarikat asing,” kata Wang.

Menurut eksekutif platform itu, 60% saham syarikat induk TikTok ByteDance dimiliki oleh pelabur asing, 20% oleh pekerja manakala 20% lagi oleh pengasasnya. – Bernama, 17 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen