Laporan polis: Zahid sedia disiasat 


Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan laporan berkenaan sebagai aduan politik.– Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Mac, 2023.

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan, beliau sedia disiasat berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam, oleh pemimpin parti Bersatu.

“Jadi saya sebagai seorang yang sangat telus, sedia untuk disiasat pihak polis kerana kita yakin apa yang diadukan oleh mereka tidak ada asas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Kerjasama Transformasi Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) antara kerajaan bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat swasta di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur hari ini.

Ahmad Zahid menyifatkan laporan berkenaan sebagai aduan politik.

“Masalah politik harus diselesaikan dengan cara politik. Aduan polis tidak menyelesaikan masalah. Mereka (Bersatu) mahu mempertahankan diri, tetapi tiada kemampuan,” katanya.

Semalam, Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri dan Anwar yang juga Presiden PKR, berhubung fitnah serta dakwaan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin. – Bernama, 16 Mac, 2023.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen