GIANNI Infantino dipilih semula sebagai presiden Fifa sehingga 2027 selepas menang tanpa bertanding di kongres badan induk bola sepak dunia di Kigali pada Khamis.
Peguam Switzerland berusia 52 tahun itu, menggantikan Sepp Blatter pada 2016.
Beliau memegang jawatan itu untuk penggal ketiga tanpa dicabar sebagaimana empat tahun lalu.
“Saya sayang kamu semua,” Infantino memberitahu perwakilan di ibu negara Rwanda, di mana sistem pengundian tidak mencatatkan jumlah suara pembangkang.– AFP, 16 Mac, 2023.
Komen