Banjir kilat di zon gempa di Turkiye, 14 maut


Kereta tenggelam di Sanliurfa, Turkiye kira-kira 50km di utara sempadan Syria akibat banjir kilat semalam. Kira-kira 12 mangsa terbunuh dalam insiden di wilayah terjejas gempa itu. – Gambar Facebook, 16 Mac, 2023.

BANJIR kilat mengorbankan sekurang-kurangnya 14 mangsa yang tinggal di dalam khemah dan rumah kontena di wilayah terjejas gempa di Turkiye semalam.

Insiden itu bakal menambah tekanan kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan menjelang pilihan raya.

Beberapa mangsa dibawa air deras, di mana banjir kilat menyebabkan jalan raya berlumpur. Wilayah ini dilanda gempa bumi berukuran 7.8-magnitud bulan lalu.

Lebih 48,000 maut di Turkiye dan hampir 6,000 di Syria akibat bencana pada 6 Februari lalu.

Ratusan ribu rakyat Turkiye yang terselamat daripada gempa terpaksa berpindah ke khemah dan rumah kontena di seluruh kawasan bencana, iaitu membabitkan 11 wilayah di tenggara Turkiye.

Hujan lebat melanda kawasan itu pada Selasa.

Pihak berkuasa berkata banjir menyebabkan 12 terbunuh di Sanliurfa, kira-kira 50km di utara sempadan Syria.

Dua mangsa termasuk seorang bayi berusia setahun turut terbunuh di Adiyaman, di mana lima yang lain masih hilang. – AFP, 16 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen