Ava DuVernay bakal arah filem DC Comics


Ava DuVernay memecahkan rekod batasan bajet AS$100 juta untuk pengarah wanita. Beliau sebelum ini mengarahkan filem meraih pencalonan Oscar, Selema dan dokumentari 13th. Filem terbarunya, A Wrinkle In Time sedang ditayangkan. – Gambar AFP, 16 Mac, 2018.

PENGARAH Ava DuVernay, wanita Afrika-Amerika pertama yang menerajui pembikinan filem dengan bajet lebih AS$100 juta kini akan mengarah sebuah filem superhero The New Gods, kata sumber.

Pengarah berusia 45 tahun itu sebelum ini mengarahkan filem yang meraih pencalonan Oscar, Selma dalam rundingan terakhir dengan DC Comics dan Warner Bros untuk mengarahkan filem adaptasi komik karya Jack Kirby itu, kata sumber yang rapat kepada pengarah dan studio kepada AFP.

Ia akan menjadi filem superhero kedua diarahkan wanita selepas Patty Jenkins mengarahkan Wonder Woman yang juga adaptasi karya DC Comics yang diterbitkan musim panas lalu.

Karya terbaru DuVernay, A Wrinkle In Time, memecah sempadan bajet AS$100 juta filem diarahkan wanita. Beliau juga mengarahkan filem 13th, sebuah dokumentari mengenai kehidupan komuniti Afrika-Amerika yang memenangi Oscar. – AFP, 16 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen