UNITED Kingdom berhasrat untuk mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Indo-Pasifik, terutamanya Jepun dan Australia, lapor Sputnik, memetik Setiausaha Luar UK James Cleverly.
“UK akan kekal fokus mengenai perkara itu untuk beberapa dekad yang akan datang,” kata Cleverly kepada penyiar Jepun NHK pada Selasa.
Pada Isnin, perkongsian keselamatan tiga negara antara Australia, UK dan Amerika Syarikat, juga dikenali sebagai AUKUS dipertingkatkan, menerusi pengumuman Australia menjadi negara pertama untuk membeli tiga kapal selam Virginia buatan Amerika pada awal 2030-an. – Bernama, 15 Mac, 2023.
Komen