Pengasas kumpulan Queen dianugerah gelaran kesatria oleh Raja Charles III


Pengasas bersama kumpulan rock Queen, Brian May dianugerahkan gelaran kesatria daripada Raja Charles III di Istana Buckingham semalam. – Gambar AFP, 15 Mac, 2023.

RAJA Charles III menganugerahkan gelaran kesatria kepada Brian May, pengasas bersama kumpulan rock Queen di Istana Buckingham semalam menjadikannya ahli pertama kumpulan rock legenda itu menerima penghormatan berkenaan, menurut United Press International (UPI).

Dengan anugerah itu May kini bergelar Sir Brian May.

May berkongsi imej penganugerahan itu di Instagramnya, lapor UPI.

May melawat Istana Buckingham pada tahun 2002 sempena jubli emas Ratu Elizabeth dan membuat persembahan lagu God Save the Queen di atas bumbung Istana. 

Pada tahun 2005 beliau dianugerah Commander of the Order of the British Empire.

Legenda muzik rock British itu juga merupakan seorang ahli astrofizik dan penyokong hak asasi haiwan dengan mengetuai kempen untuk menamatkan pemburuan musang dan pemusnahan luak melalui organisasinya Save Me. – Bernama, 15 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen