Indonesia mahu Australia jadi negara ahli tetap Asean


Kenyataan itu dikeluarkan sewaktu Australia menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak khas pemimpin-pemimpin Asean di Sydney, di tengah-tengah perluasan kuasa China dan ancaman keganasan oleh puak pelampau. – Gambar EPA, 16 Mac, 2018.

PRESIDEN Indonesia Joko Widodo mahu Australia menjadi negara ahli tetap Asean, sekaligus memberi isyarat yang beliau memerlukan peranan negara itu dalam aspek berkaitan pertahanan, perdagangan, dan keselamatan di rantau itu. 

Kenyataan itu dikeluarkan sewaktu Australia menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak khas pemimpin-pemimpin Asean di Sydney, di tengah-tengah perluasan kuasa China dan ancaman keganasan oleh puak pelampau.   

“Saya rasa ia idea yang baik,” kata Widodo kepada Sydney Morning Herald, merujuk kepada penyertaan Australia ke dalam Asean. 

“Ini kerana rantau kita akan lebih baik, untuk kestabilan, kestabilan ekonomi, dan juga kestabilan politik. Pasti, ia akan menjadi lebih baik.” – AFP, 16 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen