Jumlah mangsa banjir Johor terus menurun 


A Murad Merican

Setakat 8 malam, jumlah mangsa di 119 PPS di tiga daerah negeri Johor berkurang kepada 37,503 orang berbanding 38,456 orang petang tadi.– Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Mac, 2023.

KEADAAN banjir di Johor beransur pulih dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun malam ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 malam ini jumlah mangsa di 119 PPS di tiga daerah negeri itu berkurang kepada 37,503 orang berbanding 38,456 orang petang tadi.

“Mangsa teramai adalah di Batu Pahat iaitu 37,114 orang, diikuti Muar (211), Segamat (154) dan Tangkak (24),” menurut kenyataan itu.

JPBN berkata dua sungai di Batu Pahat melepasi paras bahaya iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok yang kini pada paras 19.39 meter (m) dan Sungai Senggarang di Senggarang dengan bacaan 3.62m, manakala Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar mencatatkan bacaan 3.33m.

Terdahulu, banjir yang melanda Melaka dan Pahang sejak awal bulan ini pulih sepenuhnya. – Bernama, 14 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen