SEKURANG-KURANGNYA 100 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Dhaka, Bangladesh pada Isnin.
Pegawai Bertugas Ibu Pejabat Bomba Rashed Bin Khalid memberitahu wartawan insiden berlaku sekitar jam 7.50 malam waktu tempatan.
Pasukan bomba bergegas ke lokasi berkenaan dan kebakaran berjaya dipadamkan kira-kira 10.10 malam waktu tempatan, lapor Xinhua.
Kawasan setinggan yang dipanggil Kunipara itu terletak di kawasan perindustrian Tejgaon di Dhaka, merupakan kediaman ramai penduduk miskin.
Sekurang-kurangnya 100 pondok yang diperbuat daripada zink, plastik dan kadbod musnah sepenuhnya dalam kebakaran itu, menurut pegawai itu.
Punca sebenar kejadian masih disiasat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – Bernama, 14 Mac 2023.
Komen