Ukraine jangka esport pertanian melebihi AS$20 bilion tahun ini


Ukraine menganggarkan potensi eksport sekurang-kurangnya berada pada tahap tahun sebelumnya iaitu lebih AS$20 bilion. – Gambar EPA, 14 Mac 2023.

EKSPORT pertanian Ukraine dijangka melebihi AS$20 bilion tahun ini, Taras Vysotsky, menurut timbalan menteri pertama dasar pertanian dan makanan dalam satu wawancara yang disiarkan pada Isnin.

“Kami menganggarkan potensi eksport sekurang-kurangnya berada pada tahap tahun sebelumnya - lebih daripada 20 bilion dolar,” kata Vysotsky dalam temu bual yang diterbitkan menerusi saluran Youtube rasmi Kementerian Dasar Agraria dan Makanan.

Pengeluaran bijirin Ukraine bagaimanapun, akan menurun tahun ini kerana petani negara itu memberi tumpuan kepada penanaman biji minyak, katanya.

Pengeluaran bijirin yang lebih rendah di Ukraine mungkin mendorong kenaikan global harga bijirin, kata Vysotsky.

Menurut Persatuan Eksport Pertanian Ukraine, eksport pertanian negara itu turun 16% kepada AS$23.4 bilion tahun lalu.

Akademi Sains Agraria Kebangsaan mengeluarkan anggaran lebih awal yang pengeluaran bijirin Ukraine akan menurun sebanyak 37% kepada 34 juta tan pada 2023. – Bernama, 14 Mac 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen