THE Washington Post pada Khamis melaporkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memecat Penasihat Keselamatan Negara HR McMaster.
Akhbar itu melaporkan Trump sedang berbincang mengenai calon berpotensi bagi mengantikan McMaster, tetapi sanggup menangguhkan keputusan itu buat sementara waktu demi menjaga air muka beliau (McMaster) dan sementara mencari penganti yang baru.
Laporan ini dikeluarkan dua hari selepas presiden tersebut memecat Rex Tillerson sebagai setiausaha negara - yang diumumkan Trump menerusi akaun Twitter miliknya.
Gary Cohn, penasihat kanan ekonomi Trump, meletak jawatan awal bulan ini dan Rumah Putih di bawah pentadbiran Trump juga menyaksikan peletakan jawatan ketua strategi, ketua kakitangan dan penasihat keselamatan negara beliau yang pertama. – AFP, 16 Mac, 2018.
Komen