Angka korban gempa bumi Turkiye meningkat kepada 48,448 orang


Lebih 13.5 juta orang di Turkiye terjejas akibat gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu pada bulan lepas. – Gambar AFP, 13 Mac 2023.

ANGKA kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye bulan lepas meningkat kepada 48,448 orang, lapor Agensi Anadolu pada Isnin.

“6,660 daripada mangsa yang terkorban adalah warga asing,” kata Meneteri Dalam Negeri Suleyman Soylu pada sidang media di wilayah Malatya.

Kerja-kerja mengalihkan sisa runtuhan masih diteruskan, katanya.

Pada 6 Februari gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 pada skala Richter melanda 11 wilayah — Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Elazig, Hatay, Gaziantep, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa termasuk negara jiran Syria.

Lebih 13.5 juta orang di Turkiye terjejas akibat gempa bumi dahsyat itu. – Bernama, 13 Mac 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen