Rusuhan penjara di Bolivia, 8 terbunuh


Rusuhan berlaku di penjara Palmasola, antara penjara paling merbahaya dan padat negara itu. – Gambar AFP, 16 Mac, 2018.

KERAJAAN Bolivia semalam mengatakan jumlah kematian rusuhan penjara diserbu polis meningkat kepada lapan orang, termasuk dua tahanan warga asing- seorang warga Brazil dan seorang lagi Paraguay.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Jose Luis Quiroga memberikan jumlah terbaru itu selepas operasi sebelum subuh Rabu di penjara Palmasola di Santa Cruz yang menyebabkan berpuluh tahanan dan polis cedera.

Hampir 2,300 anggota polis menyerbu penjara itu, seminggu selepas rusuhan yang disebabkan arahan kerajaan menghalang kanak-kanak berumur kurang enam tahun melawat tahanan.

Isteri dan anak-anak yang tinggal di penjara secara sukarela dengan tahanan dibenarakan keluar sebelum serbuan dilakukan, kata Quiroga.

“Situasi tiada undang-undang sepenuhnya di Palmasola,” kata Ketua Polis Negara Alfonso Mendoza. Serbuan juga menemui pisau, senjata api, bom tangan dan hampir 200 telefon bimbit.

Terletak di timut Bolivia, Palmasola mempunyai 4,000 tahanan dan antara penjara paling merbahaya dan padat di negara itu. Pada 2013, rusuhan di penjara itu menyebabkan 15 terbunuh.

Tahanan mengawal penjara itu, di bawah seliaan pihak berkuasa negeri. – AFP, 16 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen