SEBUAH pesawat tentera dinaiki anggota tentera AS terhempas di barat Iraq, kata pasukan pakatan tentera yang kini sedang memerangi pengganas IS semalam.
“Pasukan penyelamat sedang menuju ke arah kawasan pesawat itu terhempas,” kata pakatan diterajui AS itu dalam satu kenyataan.
Ia bagaimanapun tidak menyatakan jenis pesawat atau sama ada wujud kematian dan punca nahas.
AS mempunyai banyak helikopter dan pesawat pejuang di Iraq dalam perang menentang IS yang meliputi kawasan utara dan barat Baghad sejak 2014.
Tentera AS memulakan serangan udara menentang IS pada Ogos 2014, kempen yang kemudiannya diperluas ke Syria dan menyediakan senjata, latihan dan sokongan lain kepada pasukan keselamatan untuk memerangi pengganas di kedua negara itu.
Baghdad mengisytiharkan kemenangan menghapuskan pengganas IS tahun lepas, tetapi militan Islam itu masih melakukan serangan maut di Iraq, termasuk serangan di utara negara itu yang membunuh 25 orang awal bulan ini. – AFP, 16 Mac, 2018.
Komen