Li Shangfu dilantik sebagai menteri pertahanan baharu China


Dari kiri Ahli majlis negeri China yang baru dilantik Qin Gang, ahli majlis negeri dan setiausaha agung Dewan Negara Wu Zhenglong, ahli majlis negeri Li Shangfu mengangkat sumpah di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada 1 Mac. – Gambar AFP, 12 Mac 2023. 

TIMBALAN Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China meluluskan pelantikan Jeneral Li Shangfu, 65, sebagai Menteri Pertahanan yang baharu, lapor Sputnik. 

Proses pengundian itu diadakan hari ini pada mesyuarat pleno kelima sesi pertama NPC ke-14.

Sementara itu Ding Xuexiang, He Lifeng, Zhang Guoqing dan Liu Guozhong dilantik menyandang jawatan naib perdana menteri.

Li Shangfu, Wang Xiaohong, Wu Zhenglong, Shen Yiqin dan Qin Gang pula dilantik sebagai ahli majlis negara. 

Selain itu Ahli Parlimen NPC turut meluluskan pelantikan setiausaha agung Majlis Negara (Wu Zhenglong) dan 26 ketua jabatan Majlis Negara.

Pada Sabtu, NPC - pihak berkuasa tertinggi negara China - meluluskan pelantikan Li Qiang sebagai Perdana Menteri. 

Terdahulu pada  Jumaat timbalan menteri sebulat suara memilih semula Xi Jinping sebagai Presiden China untuk penggal ketiga. – Bernama, 12 Mac 2023. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen