Ribuan adakan demonstrasi di London tanda solidariti terhadap petugas kesihatan


Setiausaha Kesihatan Steve Barclay semalam mengumumkan beliau menggesa kesatuan doktor muda, BMA, mengadakan perbincangan. – Gambar AFP, 12 Mac, 2023.

RIBUAN penduduk berdemonstrasi di London semalam sebagai solidariti dengan pekerja penjagaan kesihatan. 

Demonstrasi oleh Perkhidmatan Kesihatan Negara (SOS NHS)—gabungan kumpulan kempen dan kesatuan sekerja—menuntut kerajaan melaksanakan kenaikan gaji yang adil untuk pekerja penjagaan kesihatan dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup, lapor Agensi Anadolu. 

Mereka menyuarakan sokongan kepada pekerja penjagaan kesihatan sambil membawa sepanduk: “Tamatkan krisis NHS” dan “Kakitangan NHS berhak mendapat gaji yang adil”.

Ahli Parlimen parti pembangkang turut menyertai bantahan itu bersama doktor, jururawat dan wakil dari kesatuan sekerja.

Doktor muda di England akan memulakan mogok selama tiga hari bermula Isnin susulan pertikaian berterusan mengenai kenaikan gaji.

Setiausaha Kesihatan Steve Barclay semalam mengumumkan beliau menggesa kesatuan doktor muda, BMA, mengadakan perbincangan.

“Mari kita mengadakan dialog untuk memastikan NHS menjadi tempat yang lebih baik untuk bekerja dan memastikan kami memberikan penjagaan yang diperlukan pesakit,” tulisnya di Twitter. – Bernama, 12 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen