Li Qiang dilantik PM baharu China


Li Qiang menggantikan Li Keqiang yang berundur selepas dua penggal menyandang jawatan perdana menteri China. – Gambar AFP, 12 Mac 2023.

LI Qiang, antara sekutu paling dipercayai Presiden China Xi Jinping semalam dilantik sebagai perdana menteri baharu negara itu.

Pelantikan Qiang mengukuhkan lagi pengaruh Jinping ke atas kepemimpinan tertinggi China.

Bekas ketua Parti Komunis Shanghai itu menggantikan Li Keqiang yang berundur selepas dua penggal menyandang jawatan perdana menteri.

Qiang, 63, menerima hampir setiap undi daripada lebih 2,900 perwakilan di Kongres Rakyat Kebangsaan, sehari selepas Jinping dipilih sebulat suara dipilih sebagai presiden untuk penggal ketiga.

Usul Jinping mencalonkan Qiang sebagai perdana menteri dibacakan di dewan rakyat pagi semalam. – AFP, 12 Mac 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen