Turki jadi tuan rumah sidang kemuncak Syria bersama Rusia, Iran


Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Iran Hassan Rouhani ketika sidang kemuncak yang diadakan pada November tahun lalu di resort Black Sea di Sochi, Rusia. – Gambar EPA, 15 Mac, 2018.

PRESIDEN Turki, Rusia dan Iran akan mengadakan sidang kemuncak tiga hala mengenai Syria di Istanbul pada 4 April, kata kementerian luar Turki hari ini.

Pertemuan yang akan dianjurkan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan itu akan menjadi sidang kemuncak tiga tahun selepas sidang yang diadakan pada November tahun lalu di resort Black Sea di Sochi, Rusia.

Sidang kemuncak tersebut akan dihadiri oleh Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden Iran Hassan Rouhani kerana ketiga-tiga mereka berusaha mencari jalan penyelesaian kepada konflik di Syria.

Menurut kenyataan kementerian luar, sebagai sebahagian daripada rundingan damai di Astana, Kazakhstan yang ditaja oleh Ankara, Moscow dan Tehran, menteri luar ketiga-tiga negara itu akan bertemu esok bagi membincangkan persediaan untuk sidang kemuncak pada bulan depan.

Ketiga-tiga negara terbabit menjalinkan kerjasama meskipun berada di pihak yang berbeza. Sedang Iran dan Rusia memberi sokongan ketenteraan kepada rejim Presiden Syria Bashar al-Assad, Turki pula berulangkali menyeru Assad digulingkan dan menyokong pemberontak Syria.

Pada 20 Januari lalu, Ankara melancarkan serangan udara dan darat terhadap Unit Perlindungan Rakyat Kurdi Syria (YPG) di wilayahnya di Afrin di utara Syria.

Operasi digelar Olive Branch itu susulan serangan Turki dari 2016 hingga 2017 yang diberi nama Euphrates Shield in Syria yang menentang YPG dan kumpulan Islamic State (IS).

Sebagai sebahagian daripada proses Astana, Turki, Iran dan Rusia telah mennetapkan untuk mewujudkan empat zon pengurangan ketegangan di Idlib, Damascus, wilayah selatan Daraa dan kota Homs.

Pengeboman sengit di Timur Ghouta, yang telah ditetapkan sebagai ‘zon pengurangan ketegangan’ pada Mei 2017.

Pada 18 Februari, rejim yang disokong Rusia telah melancarkan kempem nenentang wilayah pemberontak berdekatan Damascus yang membunuh 1,249 orang awam, termasuk 252 kanak-kanak. – AFP, 15 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen