'Pineapple express' pula dijangka landa California


Kerja membaiki jalan yang rosak akibat hujan lebat dijalankan di Soquel, iaitu utara California. Negeri itu diisytiharkan darurat susulan ribut membawa hujan lebat dan banjir. – Gambar AFP, 11 Mac, 2023.

BERPULUH-PULUH perintah mengosongkan rumah dikeluarkan semalam apabila fenomena sungai yang bahaya dikenali sebagai “Pineapple express” melanda California, mencetuskan amaran kemungkinan banjir kilat di seluruh negeri itu.

Hujan dengan julat 23cm dijangka di beberapa bahagian di negeri itu, dengan salji tebal di kawasan pergunungan akan mencair.

Ramalan kaji cuaca berkata “Pineapple express” – dinamakan sedemikian kerana ia membawa kelembapan hangat sub tropika dari Hawaii – boleh menyebabkan ketulan salji besar mencair, menyebabkan sistem sungai melimpah.

“Hujan selebat 4 hingga 9 inci, ditambah dengan tanah lembab dan ketulan salji tebal akan menyebabkan kesan banjir,” kata Agensi Cuaca Negara (NWS).

“Kawasan di utara California dan Sierras akan menerima salji yang akan menyukarkan perjalanan.”

Presiden AS Joe Biden semalam meluluskan pengisytiharan darurat bagi negeri itu, dengan bantuan persekutuan digerakkan bagi membantu agensi negeri.

Perintah berpindah ke tempat selamat dikeluarkan terutama di utara California, dengan tujuh sungai dijangka melimpah.

Lebih 20 maut apabila California dilanda ribut yang menyebabkan banjir, pokok tumbang dan tanah runtuh. – AFP, 11 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen