China enjin pertumbuhan ekonomi global, kata pakar AS


China menyasarkan pertumbuhan ekonomi pada kadar sekitar lima peratus pada 2023. – Gambar AFP, 10 Mac 2023. 

CHINA akan kekal menjadi enjin pertumbuhan global tahun ini berkat potensi besar serta momentum yang kuat dalam pembangunan ekonominya, kata seorang pakar Amerika Syarikat (AS).

Felow Penyelidik Kanan dari Institut Pengajian China-Amerika (ICAS), Sourabh Gupta kagum dengan pencapaian China dalam pembangunan ekonomi sepanjang empat dekad lalu sambil menyatakan negara itu memiliki peluang pembangunan yang cukup besar. 

“Saya dimaklumkan China menyasarkan pertumbuhan ekonomi pada kadar sekitar lima peratus pada 2023.

“Dasar keterbukaan yang dilaksanakan kerajaan menyumbang kepada momentum kukuh pertumbuhan negara itu,” katanya semasa temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Gupta berkata komitmen China untuk memperdalam reformasi dan memperluas keterbukaan diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan secara konsisten.

“Ini menjadi penggerak utama kepada pertumbuhan ekonomi China dan sejagat,” kata beliau. – Bernama, 10 Mac 2023. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen