Nadi ibu kota yang kembali berdenyut


Thor Kah Hoong

Ruang ialah tempat letaknya Think City KL yang mahu mengulangi kejayaan program memberikan jiwa dan budaya bandaraya George Town di KL. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 4 Jun, 2017.

RUANG ialah pejabat Think City KL, di tingkat dua bangunan lama OCBC di Medan Pasar, terletak ditengah-tengah ibu kota.

Di tingkat bawah, aktivis seni Urbanscapes membuka sebuah gerai.

Think City KL ialah satu inisiatif Khazanah yang diwujudkan pada 2015 selepas kejayaannya di Pulau Pinang.

Misinya adalah untuk membantu mengekalkan nostalgia masa silam, dan menggalakkan perubahan di tengah ibu kota, di samping menjana peluang ekonomi.

Ruang kosong menyambut kedatangan pelawat di tingkat dua. Kelihatan seperti baru sahaja ditinggalkan atau baru berpindah, papan pameran tinggi berada di tepinya, beberapa kerusi dan meja diletakkan ditengah-tengah.

Pejabat terletak di hujung sekali, hanya mempunyai beberapa buah meja, tiga komputer riba dan sebuah komputer meja. Ini pejabat Khazanah?

“Ia disengajakan. Kami tak banyak berbelanja untuk pejabat ini kerana kami tidak mahu ia menjauhkan (orang ramai),” kata Lee Jia Ping, pengarah program Think City KL.

Ruang itu ialah jawapan kepada kumpulan seni dan teater yang berjumpa Think City KL untuk meminta geran, tetapi tidak mempunyai tempat untuk projek mereka. UNHCR menggunakannya untuk bual bicara tentang pelarian, dan WAO mengadakan sesi kaunseling berkala di situ.

Apakah fokus Think City KL? Adakah masyarakat, mengekalkan warisan, sebuah pusat bandar dengan jiwanya sendiri?

Kata Lee, “Kerja kami semuanya tentang meningkatkan kebolehdiaman. Kami berpangkalan di George Town, jadi warisan ialah sebahagian daripada DNA kami.

“Pada 2008 perdana menteri mengumumkan pembentukan beberapa koridor seperti Khazaha Koridor Utara. Matlamatnya adalah untuk menjana pelaburan dalam industri.

“Unesco mahu menyenaraikan Pulau Pinang dan Melaka sebagai tapak warisan. Perlu adanya campur tangan kerana banyak bangunan di sana terbiar. Itu menarik pembeli asing.

“Khazanah menghimpunkan pihak- Bank Dunia, Charles Landry, pakar masa depan, Badan Warisan Negara- untuk melihat bagaimana kita boleh mengubah bandar, mengekalkan warisan, tetapi masih menjadikan ia moden untuk menarik perniagaan baru.”

Think City berjaya dalam usahanya menarik minat rakyat Malaysia untuk membeli rumah lama dan mengubahnya menjadi hotel butik, dan tidak lama kemudian kedai dan kafe kopi turut wujud.

Pelbagai program dilakukan Think City KL bagi mengubah Medan Pasar menjadi tempat yang dimeriahkan dengan aktiviti seni budaya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 4 Jun, 2017.

Dirasakan yang peniaga kecil sepatunya berada di jalan bukannya di pusat bandar, tetapi berdepan dengan realiti banyak pusat peniagan kecil bertambah besar dan memiliki kedai sendiri, Think City memberikan mereka wang untuk mengubah suai muka depan kedai mereka, mendidik mereka dalam hal peraturan berkaitan pengubahsuaian.

“Untuk tiga tahun pertama kami kata kami akan menumpukan usaha mewujudkan model sumber khalayak dimana kami melibatkan masyarakat untuk membentuk atau mengubah sesuatu tempat,” kata Lee.

“Kami beritahu suku kaum, pemilik hartanah, yang kami akan beri anda sedikit wang untuk membaiki tempat itu, tetapi kami mahukan pelaburan bersama daripada anda. Mekanisme itu sangat berjaya.

“Kami juga berperanan sebagai perantara. Ada sebuah kedai ubat tradisional, Ren I Tang. Ia bakal ditutup, dan pemiliknya hanya mahu menyewakannya selama tiga tahun. Ada minat daripada penguasa hotel butik yang mahu mengubahnya menjadi rumah tumpangan, tetapi katanya, pelaburan 3 tahun tidak mencukupi. Kami jadi orang tengah perbincangan dan mereka menandatangani perjanjian sewaan selama 20 tahun.

“Kami juga menumpukan kepada taman, seperti Armenian Street Park, yang sangat indah sebelum orang menjadikan tempat itu pasar menjual barangan curi, pasar karat dan memburukkannya. Semua yang ada di situ hanyalah barang terbuang, terpakai, jadi ia tidak menambah nilai kepada tempat itu, walaupun ia selalu nampak sibuk.

“Kami membentuk taman baru, letak rumpur. Kami pantau kehadiran ketika ia mula dibuka tahun lepas.

Lebih banyak keluarga datang melawat sekarang. Ia juga pernah digunakan sebagai tempat Georgetown Festibal. Trafik kurang, tetapi lebih selamat untuk keluarga.

Lee sambil tergelak memberitau yang peniaga dipindahkan ke kawasan berhampiran balai polis, dengan harapan jaraknya yuang berhampiran dengan polis akan menakutkan peniaga yang dicurigai.

Ketua menteri berjumpa dengan Think City untuk kerjasama yang membawa kepada usaha sama yang dikenali sebagai Georgetown Conservation Development Corporation dengan pejabat ketua menteri.

Selain daripada projek tebingan sungai, ada juga projek di Fort Cornwallis, dan Aga Khan Trust for Culture menyumbang tenaga pakar untuk pengekalan dan kerja arkeologi di kawasan sekitar kubu itu. Sebuah muzium juga sedang dalam rancangan pembinaan.

Sebenarnya, Think City sepatutnya ditutup selepas tiga tahun. Peruntukkannya berakhir selepas membelanjakan sebanyak RM20 juta diberikan kerajaan persekutuan untuk membantu mengubah Georgetown.

Tetapi apabila mereka melakukan kajian impak, mereka mendapati yang untuk setiap pelaburan RM1, terdapat pelaburan bersama sebanyak RM6.

Think City diminta untuk mengulangi model itu di Butterworth dan Kuala Lumpur.

Adakah masalah di KL sama atau berbeza dengan Georgetown?

“Georgetown ialah bandar lama, dengan keluarga yang menetap disana sejak sekian lama,” kata Lee.

“Di sini pula kebanyakkan adalah imigran lelaki bujang, dan yang datang selepas itu, wanita, perdagangan haram. Itulah perkara yang merisaukan. Kami tidak mahu tempat ini jadi kawasan jenayah dikawal beberapa geng.”

Salah satu projek pertama Think City KL tercetus ketika Lee menaiki LRT bersama ketuanya Hamzah Abdul Majeed. Ketika ditanya pandangannya, dia mengatakan terlalu banyak iklan, tetapi tiada jiwa. Dalam pengangkutan di kota lain ada iklan untuk persembahan atau pameran, perkara yang dipenuhi jiwa atau berbudaya.

Inilah permulaan “Arts On the Move”. Mereka berjumpa dengan pihak berkuasa berkaitan, mengatakan yang ruang dalam stesen LRT tidak digunakan sepenuhnya kerana diganggu pintu dan papan maklumat, yang selepas itu diganti dengan hasil seni daripada David Lok and Ilham Gallery.

Pada petang Selasa dan Khamis terdapat persembahan musik yang berlangsung di pentas sementara di Stesen Masjid Jamek dan orang ramai berkumpul memerhati sambil menghayati musik sebelum menaiki keretapi.

Ada yang mengatakan tiada siapa akan datang ke majlis di Medan Pasar, jangan buang masa lakukan, orang ramai terlalu takut untuk datang ke bahagian bandar itu. Mereka bekerjasama dengan Nani Kahar dan menganjurkan empat acara di situ. Acara pertama, pameran runcit, menarik 20,000 orang pada hujung minggu. Malam wayang menarik hampir 800 orang.

Ada juga hari “Buy Nothing” di mana orang ramai membawa barangan mereka untuk bertukar-tukar sesama sendiri.

Ini adalah bukti yang bukannya orang ramai takut hendak datang. Cuma tiada apa di sana, jadi program itu kini berlangsung sepanjang tahun, dan pasar petani bakal diadakan kelak.

Terdapat juga program “ KL BY Me” ditaja Citibank, di mana kanak-kanak diajar bagaimana untuk membuat, merakam dan menyunting cerita.

“Dua atau tiga hasil kerja remaja yang berusia 14, 15 tahun sangat mengagumkan. Akan datang pula kanak-kanak pelarian akan sertai yang akan dibantu Debra Henry,” kata Lee.

Art Printing Works diberikan $190,000 untuk menanam pokok. Burung dan rama-rama juga muncul kembali kerana projek itu.

Wang diberikan kepada penduduk di Kota Damansara untuk benih tumbuhan taman, dan kini wanita juga bakal memperolehi sebuah kedai kek dan roti- usaha memerkasakan ekonomi dan pada masa yang sama merapatkan hubungan komuniti.

Project for Public Space, yang berpangkalan di New York juga dilantik. Pengasasnya ialah pelajar kepada ahli antropologi terkenal Margaret Mead, dan mereka akan membantu menyediakan dan merekabentuk ruang awam untuk menarik minat orang ramai. Mereka datang untuk melatih kakitangan DBKL dan arkitek tentang penggunaan ruang.

Dengan bantuan Think City KL,wujudnya harapan yang pusat bandar ini akan mempunyai nadi kehidupannya yang tersendiri, dan tidak lagi menjadi kawasan gelap yang menyesakkan bertentangan dengan Petaling Street yang bergemerlapan. – 4 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen