Kebakaran tapak sisa di selatan India sebabkan pencemaran toksik


Menurut laporan media tempatan, kebakaran tercetus di tapak pembuangan sisa di bandar Kochi selatan India pada 2 Mac dan berlanjutan selama beberapa hari. – Gambar Facebook, 10 Mac 2023.

KEBAKARAN di tapak pembuangan sisa di bandar Kochi selatan India menimbulkan kesan serius terhadap kesihatan penduduk di sekitar bandar pelabuhan utama itu.

Menurut laporan media tempatan, kebakaran tercetus di tapak itu pada 2 Mac dan berlanjutan selama beberapa hari.

Jabatan bomba Kerala dibantu tentera laut dan helikopter tentera udara India berusaha memadamkan kebakaran di tapak sisa Brahmapuram.

Walaupun kebakaran berjaya dikawal, ia mengakibatkan pencemaran toksik dan asap telah merebak dalam radius 30 kilometer, lapor akhbar Hindustan Times.

Ramai penduduk setempat mengadu mengalami kesukaran bernafas selepas kejadian itu.

Jumlah individu yang mendapatkan rawatan untuk penyakit berkaitan paru-paru meningkat sejak kebakaran melanda, menurut laporan media.

Pengurusan sisa bandar secara sistematik kekal menjadi cabaran utama untuk bandar-bandar di India. – Bernama, 10 Mac 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen