
PUTRAJAYA tidak menolak sepenuhnya idea untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Ahmad Maslan kepada Dewan Rakyat hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan berkata, kerajaan sedang mengkaji dan menilai masa yang sesuai untuk memperkenalkan semula GST yang ‘tidak popular’.
“Kami belum meletakkan noktah (dalam melaksanakan) GST.
“Cuma, ia tidak akan dilaksanakan tahun ini,” kata ahli Parlimen Pontian kepada Parlimen semasa sesi Soal Jawab Menteri.
Ahmad berkata demikian ketika menjawab soalan RSN Rayer (Jelutong-PH), yang bertanya sama ada kerajaan perpaduan akan memperkenalkan semula GST, yang katanya membebankan rakyat.
Ahmad berkata, memperkenalkan semula GST boleh menjana lebih banyak pendapatan kepada negara, seterusnya dapat membantu penduduk miskin di negara ini.
“GST boleh direka bentuk untuk menjadi cukai progresif untuk masa depan dengan mengenakan cukai kadar sifar ke atas barangan asas dan perkhidmatan yang digunakan oleh golongan kurang berkemampuan. – 9 Mac, 2023.
“.. pada masa hadapan, GST sebenarnya boleh membantu menjana lebih banyak pendapatan (untuk negara).
“Dengan pendapatan tambahan itu, kita boleh bantu rakyat miskin. Mungkin sekarang ini, kita nak hapuskan kemiskinan tegar. Kalau ada GST, kita bukan sahaja boleh tamatkan kemiskinan mereka yang berpendapatan RM1,109 tetapi juga mereka yang berpendapatan RM2,208 dan ke bawah,” katanya. – 9 Mac, 2023.
Berita penuh di sini.
Komen