Sokongan untuk Muhyiddin, pemimpin, ahli Bersatu berkumpul di SPRM


Kalidevi Mogan Kumarappa

Ketua Penerangan PN Azmin Ali memakai kemeja T dengan gambar Muhyiddin Yassin sebagai tanda solidariti untuk presiden Bersatu yang dijadualkan disoal siasat di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pagi ini. – Gambar The Malaysian Insight, 9 Mac, 2023.

LEBIH 500 individu termasuk pemimpin dan penyokong Bersatu serta media berkumpul di depan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya sebagai menyatakan sokongan kepada Muhyiddin Yassin.

Turut kelihatan beberapa pemimpin parti politik seperti Shahidan Kassim dan Azmin Ali yang menunggu di luar pejabat agensi anti rasuah itu.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu dijangka tiba di Ibu Pejabat SPRM pada 11 pagi ini untuk memberi keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan bagi Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Semalam, Muhyiddin mengesahkan akan hadir di Ibu Pejabat SPRM pagi ini.

“Bagaimanapun esok Khamis, saya diminta ke Ibu pejabat SPRM pada 11 pagi,” kata ahli Parlimen Pagoh itu di media sosial semalam. – 9 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen