10 maut taufan Freddy membadai Madagascar


Seramai 24,358 penduduk hilang tempat tinggal, manakala 16,367 daripadanya ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara akibat taufan Freddy di Madagascar. – Gambar AFP, 9 Mac, 2023.

SEKURANG-KURANGNYA 10 terbunuh manakala tiga lagi masih hilang selepas siklon tropika Freddy kembali membadai pantai barat daya Madagascar, menurut Pejabat Kebangsaan Pengurusan Risiko dan Bencana Kebangsaan (BNGRC).

Secara keseluruhan 17 disahkan terkorban di Madagascar sejak Freddy mula melanda pulau itu pada Februari sebelum bergerak ke pantai Mozambique, lapor Xinhua.

Siklon itu kemudiannya kembali membadai pantai Malagasi hujung minggu lalu, dengan 72,351 orang di lima wilayah dilaporkan terjejas.

Seramai 24,358 penduduk hilang tempat tinggal, manakala 16,367 daripadanya ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara.

Selain itu, kira-kira 6,000 kediaman dinaiki air manakala 5,500 lagi musnah.

Siklon tropika Freddy dijangka bergerak meninggalkan pantai barat Madagascar dan kembali melanda Mozambique menjelang akhir minggu ini. – Bernama, 9 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen