Korea Utara mungkin lakukan ujian baharu peranti nuklear, kata AS


Laporan perisikan AS mendakwa pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mungkin menguji peranti nuklear sekali lagi. – Gambar AFP, 9 Mac, 2023.

LAPORAN perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mungkin menguji peranti nuklear sekali lagi.

Laporan Penilaian Ancaman Tahunan 2023 berkata ia dipercayai bagi membolehkan senjata nuklear, dikatakan sebagai penjamin muktamad pemerintahan Jong Un, dibangunkan Korea Utara.

Katanya, Jong Un mungkin akan terus menguji peluru berpandu berkeupayaan nuklear dalam usaha “menormalkan ujian senjata Pyongyang itu”.

“Korea Utara mungkin sedang bersedia untuk menguji peranti nuklear bagi meneruskan matlamat pemodenan ketenteraan dinyatakan. Senjata nuklear dan ICBM hampir pasti dilihat sebagai penjamin muktamad pemerintahan autokratik Jong Un.

“Beliau tidak berniat menghentikan program terbabit, selain dipercayai akan meraih kepercayaan antarabangsa sebagai kuasa nuklear, dari semasa ke semasa,” kata laporan disediakan Pejabat Pengarah Perisikan Negara AS.

Korea Utara setakat ini menjalankan enam ujian nuklear sejak 2006, dengan keamatannya meningkat setiap kali ujian, selain proses terakhirnya adalah pada 2017.

Korea Utara sejak beberapa tahun lalu, menguji peluru berpandu antara benua dan balistik pada kadar semakin pantas dan membedil lebih 60 daripadanya pada 2022 saja.

Laporan itu berkata Korea Utara membiayai program nuklearnya sebagai sebahagian daripada hasil aktiviti jenayah, termasuk kecurian mata wang kripto.

Pyongyang mencatatkan rekod AS$625 juta daripada firma teknologi blok rantai, berpangkalan di Singapura, dalam kejadian rompakan, tahun lalu. – AFP, 9 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen