Gempa 6.1 pada skala Richter, 2 gempa susulan landa Kamchatka, Rusia


Kamchatka terletak di bahagian timur laut di Lautan Pasifik yang dikenali sebagai Ring of Fire dan kerap mengalami gempa bumi kuat. – Gambar AFP, 8 Mac, 2023.

GEMPA bumi berukuran 6.1 pada skala Richter mengegarkan pantai selatan Semenanjung Kamchatka, Rusia hari ini.

Dua gempa susulan turut melanda kawasan terbabit dalam tempoh tiga jam selepas gempa pertama, menurut peta perkhidmatan geofizik Akademi Sains Rusia.

Gempa bumi pertama direkodkan pada 6.03 petang waktu tempatan (06:03 GMT) berhampiran bahagian selatan semenanjung dan aktiviti seismik dirasai di bandar Petropavlovsk-Kamchatskiy, lapor Sputnik.

Sementara itu dua gempa susulan berukuran 4.1 pada skala Richter direkodkan pada 8.44 malam waktu tempatan.

Pusat gempa terletak pada kedalaman 41 kilometer (25 batu) iaitu 205 kilometer dari Petropavlovsk-Kamchatskiy.

Kamchatka terletak di bahagian timur laut di Lautan Pasifik yang dikenali sebagai Ring of Fire dan kerap mengalami gempa bumi kuat. – Bernama, 8 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen