Asean kekal rakan dagang terbesar China


PERDAGANGAN luar China menyaksikan perkembangan stabil pada dua bulan pertama tahun ini, dengan jumlah import dan eksport direkodkan sebanyak RMB6.18 trilion (kira-kira RM4 trilion).

Jumlah eksport mencecah RMB3.5 trilion (kira-kira RM2.26 trilion), menokok 0.9% berbanding tempoh sama tahun lepas manakala jumlah import sebanyak RMB2.68 trilion (kira-kira RM1.73 trilion), menurun 2.9%.

Menurut Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC), Asean kekal menjadi rakan dagang terbesar bagi China dengan nilai dagangan menyumbang 15.4% daripada jumlah keseluruhan perdagangan luar negara ini.

Untuk tempoh sama, import dan eksport antara China dengan negara-negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencatat RMB2.12 trilion (kira-kira RM1.37 trilion), melonjak sebanyak 10.1%.

Di samping itu, import dan eksport China dengan anggota lain Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pula mencatat RMB1.91 trilion (kira-kira RM 1.23 trilion), naik 3.1%. – Bernama, 8 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen