DUA terbunuh dan beberapa yang lain cedera dalam kemalangan keretapi di Kaherah, Mesir semalam, kata Kementerian Kesihatan.
Kenyataan dikeluarkan kementerian berkata dua maut dalam nahas keretapi di Qalyub, sementara mangsa cedera dalam keadaan stabil.
Terdahulu, kementerian melaporkan seorang maut dan 16 cedera, termasuk enam yang dirawat dan dibenarkan pulang.
Insiden berlaku di Qalyub, utara Kaherah.
Pihak berkuasa perkhidmatan keretapi Mesir berkata kemalangan berlaku apabila gerabak penumpang memasuki stesen Qalyub ketika isyarat berhenti.
“Ia menyebabkan gerabak pertama dan lokomotif itu tergelincir,” katanya.
Kren dibawa masuk untuk mengangkat gerabak yang tergelincir.
Kemalangan keretapi di Mesir lazimnya berlaku kerana infrastruktur dan penyelenggaraan yang teruk. – AFP, 8 Mac, 2023.
Komen