Sheikh Mohammed perdana menteri baharu Qatar


Menteri luar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani dilantik sebagai perdana menteri baharu Qatar. – Gambar fail EPA, 7 Mac, 2023.

EMIR Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani pada Selasa melantik menteri luar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani sebagai perdana menteri baharu negara itu.

Sheikh Mohammed menggantikan Sheikh Khalid Khalifa Abdulaziz Al Thani, lapor agensi berita Anodolu.

Pejabat Emir dalam satu kenyataan memaklumkan Sheikh Mohammed dilantik sebagai perdana menteri selepas Emir menerima peletakan jawatan Sheikh Khalid. – Bernama, 7 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen