Harga kereta tinggi jadikan Singapura bandar paling mahal di dunia 5 tahun berturut-turut


Harga kereta yang terlalu tinggi di Singapura menjadikan negara itu sebagai bandar global paling mahal untuk didiami bagi lima tahun berturut, kata tinjaun pada Khamis. – Gambar AFP, 15 Mac, 2018.

HARGA kereta yang terlalu tinggi di Singapura menjadikan negara itu sebagai bandar global paling mahal untuk didiami bagi lima tahun berturut, kata tinjaun pada Khamis. 

Hub kewangan Asia itu - di mana sebuah sedan tanpa alat tambah dijual dengan harga AS$76,000 - mengalahkan bandar global lain meskipun terdapat saingan sengit dari beberapa bandar di eropah. 

Bandar seperti Tokyo dan New York tidak memasuki carta tahunan 10 bandar global paling mahal untuk didiami yang dikeluarkan Unit Perisikan Ekonomi (EIU) itu, apabila tewas kepada Paris, Zurich (yang berkongsi tempat kedua) Hong Kong (tempat keempat) dan Oslo (tempat kelima).

Seoul dan Geneve berkongsi tempat keenam, diikuti Copenhagen, Tel Aviv dan Sydney.

Meskipun terdapat faedah domestik di Singapura - tenaga pembantu rumah yang murah - negara bekas jajahan Britsh itu “kekal sebagai tempat yang paling mahal di dunia untuk membeli kereta,” kata EIU.  

Singapura menangani masalah kesesakan trafik di negaranya dengan mengawal pemilikan kenderaan melalui sistem kuota yang mewajibkan pembeli untuk mendapatkan Sijil Kelayakan - yang berharga SG$40,000 (AS$30,500) - yang ditambah kepada harga asal kereta yang ingin dibeli. 

Ia bermakna harga sebuah kereta sedan biasa di Singapura boleh mencecah sehingga SG$100,000. – AFP, 15 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen