Mogok kesatuan sekerja Perancis sasar lumpuhkan kerajaan


Kesatuan sekerja Perancis mahu melancarkan mogok bagi membantah pembaharuan pencen yang diperkenalkan kerajaan. – Gambar EPA, 7 Mac, 2023.

KESATUAN sekerja Perancis menyasarkan untuk melumpuhkan kerajaan menerusi mogok yang diadakan pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Mogok itu melibatkan kesatuan pengangkutan udara dan kereta api, sekolah, sektor tenaga dan kutipan sampah sebagai membantah pembaharuan pencen yang diperkenalkan kerajaan. 

Pembaharuan pencen menjadi antara agenda penting kepada kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron.

Umur berpencen ketika ini ialah 62 tahun dan kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kepada 64 tahun.

Selain meningkatkan umur berpencen, kerajaan juga mahu menambah jumlah caruman pencen bulanan iaitu minimum sebanyak €1,200 (AS$1,300).

Ramai kakitangan di Perancis sudah bekerja melebihi umur 62 tahun kerana tidak cukup membuat caruman untuk mendapatkan pencen penuh. – Bernama, 7 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen