Buruh paksa Perang Dunia II: Kerajaan Fumio Kishida sokong permohonan maaf


Kata Kishida sokongan itu susulan kesediaan Korea Selatan untuk mencari penyelesaian berkait pertikaian mengenai buruh paksa semasa Perang Dunia II. – Gambar EPA, 6 Mac, 2023.

PERDANA Menteri Jepun Fumio Kishida berkata kerajaannya akan menyokong permohonan maaf Jepun susulan kesediaan Korea Selatan untuk mencari penyelesaian berhubung pertikaian mengenai buruh paksa semasa Perang Dunia II.

Kishida berkata Jepun akan menyokong kenyataan mengenai permohonan maaf yang dikeluarkan pada 1995 oleh perdana menteri ketika itu Tomiichi Murayama, pada pada ulang tahun ke-50 Jepun menyerah kalah dalam perang dunia itu, lapor Xinhua.

“Kami mengambil alih kenyataan yang diutarakan oleh Kabinet terdahulu dan akan terus berbuat demikian,” kata Kishida pada sidang parlimen.

Pada hari yang sama pihak Korea Selatan memberikan persetujuan untuk menyelesaikan isu buruh paksa yang berlarutan dan menjejaskan hubungan dua hala.

Media tempatan melaporkan Seoul merancang untuk mewujudkan sebuah yayasan yang akan bertanggungjawab untuk membayar pampasan kepada plaintif  Korea Selatan dan bukannya dua firma Jepun seperti yang diperintahkan mahkamah. 

Menurut penyiar awam Jepun NHK, beberapa plaintif berkata mereka menolak untuk menerima pampasan daripada dana Korea Selatan.

Mereka percaya permohonan maaf dari Jepun dan ganti rugi yang dibayar oleh firma Jepun terbabit adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan pertikaian itu. – Bernama, 6 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen