Indonesia perangi berita palsu menjelang pemilihan presiden 2019 


Polis telah mematahkan usaha ahli kumpulan Muslim Cyber Army (MCA) yang didakwa menggunakan pelbagai platform media sosial antaranya Facebook, Instagram dan Twitter untuk menyerang kerajaan dan menyebarkan ideologi ekstremisme agama. – Gambar EPA, 15 Mac, 2018.

INDONESIA kini dalam fasa memerangi berita palsu dan ucapan kebencian dalam talian menjelang pemilihan presiden pada 2019. 

Perpaduan negara berbilang kaum itu teruji sejak akhir-akhir ini, berikutan tindakan kumpulan konservatif mengeksplotasi media sosial untuk menyebar penipuan dan menyerang kumpulan minoriti. 

Polis telah mematahkan usaha ahli kumpulan Muslim Cyber Army (MCA) yang didakwa menggunakan pelbagai platform media sosial antaranya Facebook, Instagram dan Twitter untuk menyerang kerajaan dan menyebarkan ideologi ekstremisme agama. 

Dua ahli paling berpengaruh daripada kumpulan itu mendakwa ramai ulama Islam telah diganggu oleh gerakan kiri dan mendakwa parti komunis Indonesia sedang dihidupkan semula di negara itu, kata polis.

Komunisme - dan kepercayaan ateisme yang dibawanya - adalah subjek taboo di Indonesia, di mana berjuta-juta rakyat terbunuh sewaktu pemerintahan kuku besi Suharto ekoran dituduh menyertai gerakan kiri itu.

Ketua Hal Ehwal Sosial Polis Gatot Eddy Pramono berkata kumpulan berkenaan mahu mewujudkan ketidakstabilan kerajaan dan “mewujudkan konflik sosial”.  – AFP, 15 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen