KETUA stesen yang dikaitkan dengan nahas keretapi terburuk di Greece yang menyebabkan sekurang-kurangnya 57 terbunuh, ditahan dan didakwa semalam, beberapa jam selepas perdana menteri memohon kemaafan atas tragedy itu.
Di jalanan, orang awam meluahkan kemarahan terhadap insiden itu hingga demonstrasi berubah menjadi keganasan. Mereka protes terhadap kecuaian keselamatan landasan keretapi yang sekian lama berlarutan.
Sumber berkata ketua stesen dikenali sebagai Vassilis Samaras, 59, didakwa atas peranannya menyebabkan kematian sejumlah besar mangsa dan kini ditahan.
Mengikut undang-undang Greece, kesalahan itu membawa hukuman penjara 10 tahun hingga seumur hidup jika sabit kesalahan.
Semalam, menjelang upacara pengebumian di Athens, Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis menulis pesanan kepada negara.
“Sebagai perdana menteri, saya perlu minta maaf kepada semua terutama waris mangsa.” – AFP, 6 Mac, 2023.
Komen