7 hilang bot terbalik di kepulauan Jepun


Kepulauan Senkaku menjadi pertikaian dan dituntut Jepun, China dan Taiwan. Sebuah bot di perairan itu terbalik dan tujuh dipercayai hilang. – Gambar fail AFP, 6 Mac, 2023.

PENGAWAL pantai Jepun mencari tujuh individu yang hilang selepas bot dinaiki mereka terbalik dan dilihat di perairan Tokyo yang dikawal Senkaku, di mana kawasan itu menjadi pertikaian kerana turut dituntut China.

Bot terbalik itu dikesan pada petang semalam, dibawa arus ke utara kepulauan itu. Peronda tentera laut Jepun ternampak bot berkenaan terbalik, kata jurucakap pengawal pantai Keisuke Nakao.

Anak kapal bot itu ialah wargaTaiwan dan enam Indonesia, katanya.

“Kami mencari di kawasan itu dengan kapal peronda dan helikopter selepas menerima maklumat kira-kira 1.30 petang semalam,” kata tentera.

Media tempatan di Jepun berkata bot itu milik warga Taiwan, tetapi pengawal pantai berkata tidak banyak maklumat diperoleh berkenaan kapal itu, namun ia kelihatan seperti bot pemancing.

Nakao berkata pihak berkuasa Jepun sedang berurusan dengan pihak di Taiwan, yang turut menuntut hak terhadap kepulauan Senkaku. Beijing menamakan wilayah yang tiada penghuni itu sebagai Kepulauan Diaoyu. – AFP, 6 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen