Korban kebakaran depoh bahan api di Jakarta meningkat 19 orang


– Gambar Facebook, 5 Mac, 2023.

ANGKA kematian akibat kebakaran besar di sebuah depoh bahan api di Indonesia meningkat kepada 19 orang pada Ahad dengan tiga lagi masih hilang, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Sekurang-kurangnya 35 orang melecur teruk menurut data di pos kecemasan yang ditubuhkan selepas kebakaran itu.

Kebakaran besar itu turut memusnahkan kediaman yang berhampiran depoh milik syarikat Pertamina yang terletak di daerah yang padat penduduk di Jakarta Utara.

Punca letupan masih dalam siasatan tetapi Pertamina berkata ia berkemungkinan disebabkan oleh kebocoran pada saluran paip. – Bernama, 5 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen