Bank Muamalat tawar moratorium kepada mangsa banjir


Pelanggan boleh melayari laman sesawang Bank Muamalat di www.muamalat.com.my atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-2600 5500 untuk maklumat lanjut.– Gambar Facebook, 3 Mac, 2023.

BANK Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) hari ini mengumumkan bantuan khas banjir yang merangkumi bantuan moratorium pembiayaan dan penggantian kad debit dan kad kredit tanpa sebarang bayaran kepada pelanggan yang terjejas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Khairul Kamarudin berharap langkah segera ini akan memberikan kelegaan kepada individu dan perniagaan dalam usaha mereka membina semula kehidupan dan perniagaan yang terjejas.

“Bank Muamalat percaya bahawa sebagai institusi kewangan Islam, kami bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam menyokong dan membantu komuniti pada waktu getir ini

“Pelanggan yang terkesan boleh menghubungi Bank Muamalat untuk berbincang mengenai sebarang masalah berhubung urusan pembayaran pembiayaan mereka sekiranya menghadapi kesulitan kewangan berikutan banjir yang melanda,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman sesawang Bank Muamalat di www.muamalat.com.my atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-2600 5500. – Bernama, 3 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen