Fokus belanja pencegahan berbanding rawatan kesihatan, kata MHC


Ravin Palanisamy

MHC berpendapatan pelepasan cukai untuk tujuan pencegahan perlu ditingkatkan.– Gambar EPA, 3 Mac, 2023.

GABUNGAN Kesihatan Malaysia (MHC) menegaskan belanjawan tahun hadapan perlu lebih strategik dalam menangani isu kesihatan dihadapi negara ini.

Mengalu-alukan peruntukan yang lebih besar untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pengenalan Akta Perolehan Kerajaan dalam Belanjawan 2023, gabungan itu turut menggesa pelaksanaan cemerlang bagi semua projek dan tadbir urus yang baik dalam perbelanjaan KKM.

Katanya ketika belanjawan kali ini meningkatkan kadar pelepasan cukai untuk perbelanjaan perubatan, ia masih memberi fokus kepada perbelanjaan rawatan bukannya perbelanjaan untuk pencegahan.

“Sebagai contoh, perbelanjaan perubatan untuk rawatan seperti penyakit serius mendapat pengecualian cukai RM8,000 tapi pengecualian cukai untuk pencegahan seperti vaksinasi hanya RM1,000.

“Belanjawan 2024 perlu tingkatkan pelepasan cukai untuk perkhidmatan kesihatan bagi tujuan pencegahan yang mungkin boleh dinaikkan secara berkala seperti naik RM1,000 setiap tahun antara 2024-2029,” kata MHC dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, gabungan tersebut melahirkan kekecewaan atas peruntukan diberikan untuk kawalan penyakit dan pendidikan kesihatan yang jauh lebih rendah berbanding tahun sebelum ini.

MHC juga menggesa kerajaan menyediakan peruntukan untuk pembaharuan struktur bukan hanya untuk Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Modal.

“Kami faham peruntukan RM36.3 bilion untuk KKM apa yang Malaysia mampu sekarang ini melihat kepada fiskal yang rendah, nisbah cukai kepada KDNK yang rendah dan hutang negara yang tinggi.

“Namun kami menyeru pembaharuan struktur dalam sistem kesihatan kita yang memerlukan sumber kewangan dan tidak perlukan wang. Dalam kata lain, kita mesti sediakan peruntukan yang cukup untuk strategi digariskan Kertas Putih Kesihatan yang bakal dibentangkan di Parlimen Jun 2023.

Selain itu MHC turut menuntut ‘cukai dos’ digunakan dengan berhati-hati.

MHC memuji pengumuman di mana 50% hasil kutipan cukai produk rokok elektronik akan diagihkan kepada KKM.

“Ini membawa Malaysia ke dalam kumpulan 35 negara yang memperuntukkan cukai dosa daripada produk tembakau untuk sektor kesihatan awam.

 “Kami gesa keputusan berkait produk rokok elektronik di Malaysia dan kami sokong larangannya dan kami sokong Generasi Penamat (GEG).

“Yang lagi penting, kami gesa rakyat Malaysia manfaatkan cukai dosa ini dengan berhati-hati kerana kuta perlu jawapan kepada soalan seperti, ‘adakah cukai yang diperuntukkan untuk vape ini seluruh RM36.3 bilion atau sebahagian daripada RM36.3 bilion?’. Apa pun jawapannya, bagaimana kalau peruntukan cukai itu dikurangkan pada masa depan tapi KKM masih perlu terus biayai projek antitembakau beberapa tahun lagi?,”tanyanya.

Kata MHC bajet itu bahagian penting demokrasi dan Malaysia patut fokus kepada struktur dan stategi belanjawan bukan hanya fokus kepada peningkatan atau penurunan setiap sektor. – 3 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen