Kedai keluarga Messi diserang, penjenayah tinggalkan nota pesanan


Pasaraya milik keluarga isteri bintang bola sepak terkenal Lionel Messi diserang dengan tembakan rambang, malam tadi. – Gambar AFP, 3 Mac, 2023.

DUA lelaki melepaskan tembakan di pasaraya milik keluarga isteri Lionel Messi malam semalam sebelum meninggalkan nota ancaman di lantai untuk pemenang tujuh kali Ballon d’Or itu.

“Messi, kami tunggu anda. Javkin ialah penjenayah, dia tidak akan jaga anda,” kata mesej yang ditulis dengan tulisan tangan ditinggalkan penyerang yang turut melepaskan 14 tembakan.

Pablo Javkin ialah datuk bandar di tempat kelahiran Messi, Rosario, tempat di mana pasaraya itu beroperasi, kira-kira 320km dari Buenos Aires.

Javkin mengesahkan premis itu dimiliki keluarga Antonela Roccuzzo, isteri Messi.

Bintang bola sepak itu mempunyai tiga anak.

Serangan itu bertujuan mencipta kekecohan di bandar berkenaan, kata Javkin.

Saksi berkata melihat dua lelaki tiba dengan motorsikal oada 3 pagi. Seorang daripadanya melepaskan tembakan dan meninggalkan nota sebelum beredar.

Penolong ketua polis wilayah Ivan Gonzalez memberitahu televisyen Cadena 3 mesej itu bukan ancaman tetapi lebih kepada cubaan “mencari perhatian”. – AFP, 3 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen