SEORANG kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikejarkan ke hospital selepas ditembak rakannya yang berusia empat tahun di kawasan Orang Asli di wilayah Manitoba, Kanada, kata polis.
Dua kanak-kanak itu sedang bermain di sebuah rumah di Peguis First Nation, kira-kira 185km utara Winnipeg, pada malam Isnin ketika terjumpa senjata api itu, kata polis dalam satu kenyataan.
“Kanak-kanak empat tahun itu melepaskan tembakan, yang terkena kanak-kanak enam tahun berkenaan,” katanya.
Mangsa dibawa ke hospital tetapi mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa, kata polis.
Seorang lelaki dewasa ditahan dan akan berdepan tuduhan menyimpan senjata api secara tidak sah. Lima senjata api dan busur turut dirampas. – AFP, 3 Mac, 2023.
Komen