PANEL juri di Amerika Syarikat (AS) mendapati peguam terkemuka di South Carolina didapati bersalah membunuh isterinya dan anak lelaki mereka di rumah percutian untuk aktiviti memburu.
Perbicaraan kes itu mendapat perhatian ramai.
Tertuduh, Alex Murdaugh, 54, daripada keluarga elit yang terdiri daripada hakim dan peguam, didapati bersalah menembak anak lelakinya, Paul dengan senapang patah, sementara isterinya Maggie menggunakan senapang digunakan untuk memburu babi hutan di estet keluarga itu yang luas.
“Bukti bersalah sangat jelas,” kata Hakim Clifton Newman selepas juri menyampaikan keputusan bersalah. – AFP, 3 Mac, 2023.
Komen